loveless.next

Friday, January 12, 2024

Aku Penganggur

1. Hari ini 12 Januari 2024 merupakan ulang tahun ke-3 aku pertama* kali menjadi penganggur between jobs selama hampir 8 bulan bermula dari 12 Januari 2021 di mana pada tarikh tersebut antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi sempena pengangguranku aku telah praktis dan rekod lagu cover Aku Penganggur nyanyian asal Sudirman. 

2. (*Technically kali pertama aku menganggur adalah selama 3-4 bulan selepas habis belajar. Kelas terakhir sebagai seorang undergrad student pada 12 Jun 1997. Commencement Day (konvo) pada 14 Jun 1997. Kembali ke Malaysia pada 14 Julai 1997. Mula bekerja 1st job dengan sebuah software house di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 22 Oktober 1997 selama 3 hari sahaja kerana dapat a slightly better & “more secure” 2nd job dengan sebuah finance company bermula dari 3 November 1997.) 

3. Aku tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan sepanjang 3 bulan notis berhenti kerja yang masih bergaji berkuatkuasa dari 12 Oktober 2020 hingga 11 Januari 2021 dan seterusnya sepanjang 8 bulan tempoh pengangguran tersebut. 

4. Sepanjang 8 bulan tersebut aku hidup dengan ihsan i-Sinar, i-Citra, komisyen dari jualan sebuah rumah, sedikit lebihan gaji, sedikit simpanan Tabung Haji serta tidak dilupakan gaji bini. 

5. Sepanjang 8 bulan tersebut aku cuba menjadi freelance iOS app developer dan berjaya membuat beberapa simple apps seperti calorie & BMI calculators, send my GPS location dan die roller, serta simple games seperti blue capsule hunter dan bounce the ball, mengikut panduan dan contoh dari sebuah buku, tetapi tidak berjaya atau tiada idea untuk membuat sebarang commercial apps yang original. 

6. Sepanjang 8 bulan tersebut aku berjaya menghabiskan Master of IT by coursework pada 29 Ogos 2021 (Date of Senate Endorsement) ketika aku masih menganggur, di mana aku sepatutnya menghabiskan program tersebut dalam masa setahun sahaja sepanjang 2019 tetapi tidak berjaya untuk GOT kerana hanya betul2 dapat fokus^ dan seterusnya menyiapkan thesis/dissertation (Master project) bagi program tersebut semasa menganggur. 

7. (^Ketika WFH zaman PKP/MCO di tahun 2020 bersama company lama, aku berhasrat untuk menyiapkan thesis Master tersebut tetapi rupa2nya workloadku sebagai orang IT berlipat kali ganda lagi banyak dari biasa walaupun ketika WFH menyebabkan aku tidak sempat & tidak mampu untuk menyiapkan thesis yang sudah tertangguh tersebut.) 

8. Akhirnya, berdasarkan CV di Jobstreet, aku ditawarkan bekerja melalui telefon tanpa sebarang interview oleh satu vendor IT yang menempatkan aku secara WFH di syarikat client JV O&G antara Malaysia & Thailand selama 2 minggu dari 1 September 2021 sebelum aku dengan berat hati terpaksa berhenti kerana mendapat tawaran bekerja yang slightly better & “more secure” dengan sebuah agensi kerajaan badan berkanun persekutuan dari 15 September 2021 hingga sekarang.