loveless.next

Thursday, December 25, 2025

Pitam/Blackout / Fainting/Blackout

This is gonna be my at least 1 blog post per year...

=====

From original FB post dated 4th January 2025:

Pitam/Blackout


Hari ini dalam sejarah. Pertama kali aku pitam (blackout) dan rebah. Selama kurang dari 1 saat (split second). Di atas Bukit Bauk. Mungkin faktor aku pun kurang sihat dalam seminggu ni. Hingus dan kahak lebih banyak dari biasa dan sakit/gatal tekak. Suara pula mula jadi garau sejak pagi semalam.


Pagi tadi aku naik Bukit Bauk solo. Isteri dah naik pagi semalam sebab dia ada kelas tambahan di sekolah pagi tadi. Jadi aku plan nak naik ke puncak ber-tarmac tertinggi dekat pagar TM. Dah lama tak naik sampai ke situ sebab nak jaga lutut. Di situ lebih jauh/tinggi dari kebiasaan kalau naik ber-duo dengan isteri.


Sampai di selekoh betul-betul selepas viewpoint kedua, aku duduk rehat sekejap untuk menurunkan heart rate (bpm, beats per minute) yang agak tinggi ketika itu: 160-170 bpm. Selepas 5 minit apabila bpm dah turun ke bawah paras 140 bpm, aku bangun untuk meneruskan “pendakian.” Belum sempat aku berjalan, tiba-tiba dunia menjadi gelap. Aku rebah dan mendengar suara seorang perempuan bertanya, “Encik, encik ok tak, encik?” Sebelum kejadian, aku tak perasan pun ada orang lain berdekatan. (Disclaimer: Ini bukan kisah mistik.)


Sepantas aku rebah, sepantas itu juga aku bingkas bangun dan jawab “Ok, ok. Terima kasih tolong,” walaupun rasanya dia cuma tolong tanya je sebenarnya dan tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku, walaupun kelihatan dia seperti hendak menolong aku bangun. Selepas beberapa ketika dan memastikan aku ok, dia sambung lagi, “Jangan duduk kalau exercise” dan dia meneruskan pendakian.


Alhamdulillah. Tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Cuma kotor kesan tanah/pasir di lengan kanan, seluar di bahagian betis kanan dan bahagian depan kanan pada kasut sebelah kanan. Aku cuba untuk meneruskan perjalanan tapi pandangan masih agak kurang terang. Jadi aku duduk berehat semula supaya aku ok semula.


Sepanjang duduk, aku rasa amat tidak selesa, pandangan masih belum normal, kepala agak berpinar, telinga terasa seperti masuk air / naik flight dan belakang terasa sakit. Aku rasa seperti nak baring je kat situ.


Seorang lelaki yang turun dari atas yang melihat aku duduk berehat memberi semangat untuk aku meneruskan pendakian. “Sikit je lagi,” katanya. Aku cerita apa yang berlaku. Atas nasihat beliau, aku melunjurkan kaki dan rasa lebih ok. Selepas berehat selama 5-10 minit, apabila aku rasa dah betul-betul pulih, aku memutuskan untuk terus turun ke bawah instead of meneruskan perjalanan ke puncak - perjalanan “yang sedikit tetapi paling curam” untuk trek tersebut.


Ketika bersarapan bersama Roshdi Mamat Ismail (kawan cum suami anak sepupu) di kaki Bukit Bauk, dia menasihatkan supaya jangan paksa diri exercise ketika kurang sihat. A good advice & terima kasih belanja. Semoga murah rezeki.


Bila cerita kat isteri, dia membebel sebab aku cuba naik lebih tinggi dari biasa. There’s nothing to prove, dia cakap. Aku rasa kalau aku call dia ketika kejadian, aku pasti dia akan bawa kereta naik ke atas Bukit Bauk untuk rescue aku.


P.S. Semua gambar diambil selepas kejadian, ketika menuruni Bukit Bauk.


TAMMAT.


=====


English translation courtesy of ChatGPT with some editing to reflect current time, etc including some unrequested comments from it:


Fainting/Blackout


January 4, 2025 is now a part of my life history. For the first time ever, I blacked out and collapsed on that day. It lasted for less than a second—a split second—on Bukit Bauk. It was likely due to the fact that I had not been feeling well that week; I’d had more congestion and phlegm than usual, along with a sore, itchy throat. My voice had even started turning hoarse since the morning of the day before.


That morning, I hiked Bukit Bauk solo. My wife had gone up the morning before because she had extra classes at school that morning. So, I planned to hike up to the highest tarmac peak near the TM fence. I haven't gone up that far in a long time to protect my knees, as it’s much further and higher than the usual route I take when hiking with my wife.


Upon reaching the bend right after the second viewpoint, I sat down for a moment to lower my heart rate (bpm, beats per minute), which was quite high at the time: 160-170 bpm. After about five minutes, once my heart rate dropped below 140 bpm, I stood up to continue the "climb." Before I could even take a step, the world suddenly went dark. I collapsed and heard a woman’s voice asking, “Sir, sir, are you okay?” Before it happened, I hadn't even noticed anyone else nearby. (Disclaimer: This isn't a mystical/ghost story.)


As quickly as I fell, I scrambled back up and replied, “I’m okay, I’m okay. Thank you for helping,” even though I think she only helped by asking and there was no physical contact, though she looked like she was about to help me up. After a few moments of ensuring I was okay, she added, “Don’t sit down while exercising,” and continued her climb.


Alhamdulillah (Praise be to God). No injuries occurred. There was just some dirt and sand on my right arm, the calf of my right trousers, and the front of my right shoe. I tried to keep going, but my vision was still a bit blurred. So, I sat back down to rest so that I would feel normal again.


While sitting there, I felt extremely uncomfortable. My vision wasn't back to normal, my head was spinning, my ears felt clogged (like when you're on a flight), and my back hurt. I felt like just lying down right there.


A man hiking down saw me resting and encouraged me to keep going. “Just a little bit more,” he said. I told him what happened. On his advice, I stretched my legs out and felt better. After resting for 5–10 minutes, once I felt fully recovered, I decided to head straight back down instead of continuing to the summit—the "short but steepest" part of that trek.


While having breakfast with Roshdi Mamat Ismail (a friend and husband to my cousin's daughter) at the foot of Bukit Bauk, he advised me not to force myself to exercise when I'm unwell. Good advice, and thanks for the treat. May you be blessed with abundance.


When I told my wife, she nagged me because I tried to go higher than usual. “There’s nothing to prove,” she said. I feel like if I had called her during the incident, she definitely would have driven her car up Bukit Bauk to rescue me.


P.S. All photos were taken after the incident, while descending Bukit Bauk.


THE END.


That sounds like a very scary experience! It sounds like you might have experienced orthostatic hypotension (a sudden drop in blood pressure from standing up too quickly) combined with your body being weakened by illness.


Would you like me to help you draft a short message to your wife or friend to thank them for their support, or perhaps look up some tips on safely returning to hiking after a fainting spell?




Friday, January 12, 2024

Aku Penganggur

1. Hari ini 12 Januari 2024 merupakan ulang tahun ke-3 aku pertama* kali menjadi penganggur between jobs selama hampir 8 bulan bermula dari 12 Januari 2021 di mana pada tarikh tersebut antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi sempena pengangguranku aku telah praktis dan rekod lagu cover Aku Penganggur nyanyian asal Sudirman. 

2. (*Technically kali pertama aku menganggur adalah selama 3-4 bulan selepas habis belajar. Kelas terakhir sebagai seorang undergrad student pada 12 Jun 1997. Commencement Day (konvo) pada 14 Jun 1997. Kembali ke Malaysia pada 14 Julai 1997. Mula bekerja 1st job dengan sebuah software house di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 22 Oktober 1997 selama 3 hari sahaja kerana dapat a slightly better & “more secure” 2nd job dengan sebuah finance company bermula dari 3 November 1997.) 

3. Aku tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan sepanjang 3 bulan notis berhenti kerja yang masih bergaji berkuatkuasa dari 12 Oktober 2020 hingga 11 Januari 2021 dan seterusnya sepanjang 8 bulan tempoh pengangguran tersebut. 

4. Sepanjang 8 bulan tersebut aku hidup dengan ihsan i-Sinar, i-Citra, komisyen dari jualan sebuah rumah, sedikit lebihan gaji, sedikit simpanan Tabung Haji serta tidak dilupakan gaji bini. 

5. Sepanjang 8 bulan tersebut aku cuba menjadi freelance iOS app developer dan berjaya membuat beberapa simple apps seperti calorie & BMI calculators, send my GPS location dan die roller, serta simple games seperti blue capsule hunter dan bounce the ball, mengikut panduan dan contoh dari sebuah buku, tetapi tidak berjaya atau tiada idea untuk membuat sebarang commercial apps yang original. 

6. Sepanjang 8 bulan tersebut aku berjaya menghabiskan Master of IT by coursework pada 29 Ogos 2021 (Date of Senate Endorsement) ketika aku masih menganggur, di mana aku sepatutnya menghabiskan program tersebut dalam masa setahun sahaja sepanjang 2019 tetapi tidak berjaya untuk GOT kerana hanya betul2 dapat fokus^ dan seterusnya menyiapkan thesis/dissertation (Master project) bagi program tersebut semasa menganggur. 

7. (^Ketika WFH zaman PKP/MCO di tahun 2020 bersama company lama, aku berhasrat untuk menyiapkan thesis Master tersebut tetapi rupa2nya workloadku sebagai orang IT berlipat kali ganda lagi banyak dari biasa walaupun ketika WFH menyebabkan aku tidak sempat & tidak mampu untuk menyiapkan thesis yang sudah tertangguh tersebut.) 

8. Akhirnya, berdasarkan CV di Jobstreet, aku ditawarkan bekerja melalui telefon tanpa sebarang interview oleh satu vendor IT yang menempatkan aku secara WFH di syarikat client JV O&G antara Malaysia & Thailand selama 2 minggu dari 1 September 2021 sebelum aku dengan berat hati terpaksa berhenti kerana mendapat tawaran bekerja yang slightly better & “more secure” dengan sebuah agensi kerajaan badan berkanun persekutuan dari 15 September 2021 hingga sekarang.



Saturday, September 09, 2023

A chance encounter with YDPA

It was after Friday prayers on 1 September 2023 at Surau Utama - or Surau Jumaat, or Masjid Utama - Istana Negara. I went there with my son and work colleagues.

Tuesday, March 29, 2022

Why I did my master degree

1. Long-time ambition since my 20s or 30s held back by financial constraint, unsuitable programs (location, research program only, etc), uncertainties about master benefits for me, etc and I accidentally happened to find out in end 2018 about UMT’s Master of IT by coursework program while searching for it and I just got to know during the first program briefing & class that I, together with my classmates and also other Master of Computer Science by coursework program students, were the first batch of the program 2. Got pissed off at work at the end of 2018 because due to resignation of 1 IT technician 1-2 months before, I had to hold IT portfolio again in addition to the existing Innovation portfolio which, realizing that I would be busier than ever (“sibuk gila”) having to handle IT matters again, made me want to become super busy (“biar jadi sibuk gila babi”) by furthering my master studies in IT 3. To “ITicize” my academic credentials because when I was young I had tried to apply for the post of IT lecturer at a few local public colleges and universities in Terengganu but was told that I could only be a business lecturer due to my bachelor degree’s BBA in MIS title 4. To pursue lifelong learning which was recently/newly enlightened by one of the lecturers during one of my Master of IT by coursework program classes

Tampar

Bercerita tentang recent winning Oscar smack, dan aku tengok ada orang share kat media sosial tentang pernah kena tampar kat kolej/universiti dulu, aku pun nak cerita tentang aku kena tampar masa kat asrama sekolah menengah dulu. Pada zaman dahulu, selepas suatu riadhah petang, semua pelajar naik ke asrama untuk mandi dan bersiap untuk ke surau untuk solat berjemaah dan mendengar kuliah Maghrib. Aku dan beberapa yang lain tak sempat bersiap on time untuk solat berjemaah. Jadi, kami solat di dorm dahulu. Kemudian, kami pergi ke surau untuk kuliah Maghrib. Dalam perjalanan, kami akan melalui dewan makan. Aku dan seorang kawan nampak beberapa rakan-rakan kami yang minum air teh o di dalam jag di atas high table yang terletak di atas platform/stage atau pentas kecil. Air tersebut disediakan untuk guru-guru dan mungkin pelajar-pelajar terpilih yang akan makan malam di high table tersebut selepas Isyak. Semasa giliran aku dan kawanku minum, air tersebut sudah hampir habis di dalam jag tersebut. Malangnya, kami berdua kantoi dengan seorang guru yang mungkin sedang bertugas ketika itu. Guru tersebut berleter dan bersyarah dalam amarah untuk beberapa ketika sebelum penampar beliau hinggap di pipi kami berdua. Kemudian, beliau menyambung leteran dan syarahan sebelum menolak kami dengan kuat dengan kaki beliau memaksa kami mengundur turun dari pentas kecil tersebut. Leteran dan syarahan bersambung lagi sehinggalah kawanku meminta maaf atas kesalahan kami. Aku pun ikut minta maaf. Guru tersebut terus cool down dan melepaskan kami pergi. Di surau, aku merasakan salah satu telingaku sedikit berdesing. Apabila aku menutup lubang hidung sambil mulut tertutup dan menghembuskan angin/nafas keluar, aku dapat rasa angin keluar dari lubang telinga tersebut. Pagi Jumaat hari minggu besoknya ketika mandi pagi, lubang telingaku terasa sedikit pedih apabila terkena air. Aku masih bertahan untuk satu hari. Keesokannya, aku keluar outing hari Sabtu dan pulang ke rumah untuk memberitahu arwah ayahku perihal telingaku. Ayahku membawaku ke hospital besar kerajaan terdekat. Doktor yang merawatku memberitahu bahawa gegendang telingaku pecah sedikit tapi rupture tersebut boleh sembuh dan tertutup dengan medication. Doktor menyatakan yang kami boleh saman guru terbabit akibat insiden tersebut. Ayahku perlukan lebih masa untuk berfikir. Di rumah, ayahku memutuskan untuk tidak menyaman guru tersebut atas alasan aku mungkin akan dipulau di sekolah dan aku mungkin terpaksa tukar ke sekolah lain. Selepas aku kembali ke sekolah, sekolah mengaturkan pertemuan antaraku, ayahku, pengetua, penolong kanan HEM serta guru terbabit. Antara yang dibincangkan yang aku ingat berkenaan insiden tersebut adalah tentang tiada saman tersebut. Selepas itu, sekolah juga mengaturkan pertemuan kami sekali lagi tanpa ayahku. Apa yang aku ingat adalah salah seorang guru mempertikaikan keadaan telingaku. “Betul ke gegendang telinga pecah?” “Kalau pecah dah tak boleh baik.” Aku jawab bukan aku yang cakap tapi doktor yang diagnose. Alhamdulillah selepas beberapa waktu doktor yang merawatku mengesahkan bahawa gegendang telingaku sudah pulih bertaut kembali. Aku berdendam selama beberapa tahun dengan guru tersebut. Selepas itu aku sudah memaafkan beliau kerana aku sedar bahawa aku turut bersalah yang mengakibatkan insiden tersebut. Semasa mula-mula aku membaca dan menonton insiden Will Smith menampar Chris Rock yang sedang mengacarakan Oscar 2022, aku terus berpihak dengan Will. Kemudian aku merasakan ada baiknya jika Will bersabar. Walaubagaimanapun, Chris telah membuat a very bad, inappropriate joke tentang isteri Will, Jada Pinkett’s medical condition. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Saturday, August 14, 2021

Jobs

All these years I had only many jobs but never a career. It's like only always playing with yourself or having fellatio but never experiencing coitus.

Friday, January 17, 2020

Who am I really?

1. Around the world, while everybody, fans and non-fans alike, continues to bash Radiohead's Pablo Honey, I have been enjoying almost all of its pop-song tracks then when it was first released and even now.
2. Initially, critics and fans loathed Weezer's Pinkerton so much but I loved it on my first listen. (Ironically, today it becomes a critically acclaimed album).

Who am I really?

Wednesday, February 07, 2018

How I got to know (& love) the head of Radio (Friendly Version)

It was 1994, or maybe the year before.  I was lying on my back on my bed in my hostel room listening to some tracks on my “walkman.”  My student friend from another hostel block dropped by and enthusiastically informed me that he just listened to this particular song that he thought would suit my rather self-proclaimed peculiar musical taste.  He told me to go see another friend, also not from my block, to have a preview of the song.  It was the first track on a compilation tape/cassette by EMI Malaysia.  And the song was Creep by Radiohead.  I “so very” loved it.

It’s “so very special.”
“I wish I was special.”

I also bought the compilation cassette.  Next, I bought Pablo Honey cassette in which the song was the 2nd track and immediately fell in love with the whole album.  It made heavy rotation on my “walkman.”  Then, came the 8-track My Iron Lung EP followed by the 1995’s sophomore The Bends album.  Both were superb to my ears!

The rest was history...as manifested by My Radiohead Collection legacy.*

Unfortunately, I have yet to see them live and had regretfully missed one of their live performances during their 1997 OK Computer tour.  (Nevertheless, I still bothered to go out to grab the ticket despite knowing that I would not be able to attend.)

[* The cassette versions of the earlier albums were long sold to be replaced by the CD versions.]